" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Ayam Masak Kicap Simple
Wednesday, November 25, 2015 | 11:45 | 0Comment

Ada la dua tiga orang kawan aku yang tanya aku ni dah berhenti kerja ke? motif utama diorang ni tanya sebab selalu tengok aku asyik post gambar makanan je. Diorang pelik sebab tengok aku kuat je masak walaupun tengah mengandung. Penat jugak hari-hari masak kadang-kadang tak tau nak makan ape dah. Tapi ape boleh buat cik husband aku jenis yang tak suka makan kat luar.

Walaupun hanya lauk telur kicap pun dia rela makan kat rumah dari makan kat kedai. Memang dia macam tu dari dulu mak dia la bagitau. Lagipun aku dah dalam trimester kedua ni memang rajin nau masak. Ade je benda yang aku nak buat. So, aku balik kerja pukul 5.30 tu memang terus terjah ke kedai runcit beli barang-barang. Sampai je rumah mandi-mandi terus masuk dapur. Nasib la cik husband aku ni jenis tak banyak songeh. Jenis makan satu lauk je. So, memang lagi mudahkan kerja memasak aku. Aku pulak jenis yang tak boleh kalau takde sayur. Mesti nak sayur jugak kalau takde tu timun pun ok. Adik ipar aku still ada kat rumah. Sekarang kan tengah cuti semester memang dia lepak kat rumah aku je la sampai hujung bulan ni.

Jadinya semalam aku buat lauk yang tak pedas sebab adik ipar aku ni tak makan pedas. Susah jugak nak buat sebab aku ni jenis makan pedas. Puas aku fikir nak masak ape semalam tapi tekak ibu mengandung ni nak makan ikan keli goreng. Nasib la kedai runcit tu ade ikan keli terus aku ambil dua ekor. Aku sorang je makan. Hahaha. Teringat pulak dekat arwah atok aku. Dia tak pernah cakap TAK kalau aku mintak ikan keli bakar. Aku memang cucu kesayangan hehehe. Ikan keli bakar atok sedap gila. Manis, juicy, rangup wah memang sedap. Memang favret aku pun ikan keli ni. Kalau pergi kedai nasi campur aku memang rembat dulu ikan keli. Hehehe.

Jadinya semalam cuma masak ayam masak kicap, ikan keli goreng dan sayur campur je. Alhamdulillah kenyang. Yang paling puas hati sebab tengok insan kesayangan makan dengan penuh selera. Betullah orang cakap kalau kita ikhlas buat sesuatu pasti akhirnya akan jadi sesuatu yang elok. Time masak ni la banyakkan zikir, selawat. Tambah pula air tangan isteri la yang menambat hati suami. Gituuuuu macam dah 14 tahun kawen nak bagi tips. Hahaha. Dah la sebelum aku merapu meraban meh la tengok resepi ayam masak kicap style aku yang super duper simple .. super duper sedap.

Ayam Masak Kicap


  • 1/2 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar potong bulat
  • 1/2 labu bawang besar hiris
  • 2 biji kentang potong 8 
  • 3 ulas bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 sudu besar cili kisar - nak letak lebih pun boleh
  • 7 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar kicap pekat - tak de pun tak pe
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil lada hitam/lada sulah
  • 4 tangkai cili padi belah tengah
  • 2 tangkai cili merah hiris menyerong
  • garam dan gula
  • sedikit air
  • sedikit daun bawang untuk hiasan


Bersihkan ayam dan toskan.
Perap ayam dengan kunyit dan garam selama 10-15 minit.
Goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Gorengkan kentang. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak goreng ayam tadi dalam 3 sudu besar tumis bawang hiris, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.
Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan sos cili, kicap kacau sebentar. Masukkan ayam dan kentang gaul rata.
Masukkan sedikit air dan biarkan ayam empuk dan kuah pekat.
Masukkan lada hitam dan cili padi. Perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat bersama cili merah. Kacau seketika sehingga bawang agak layu. Tutup api
Sedia dihidang. Taburkan daun bawang sebagai hiasan.



notakaki: aku perasan aku suka sangat makan ikan goreng. agak-agak ade posibility tak anak kena kuning?? Yela ibu dia suka nau-nau makan ikan goreng panas dengan nasi putih kosong. 

Labels: ,