" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Pregnancy Story : GMD
Friday, November 27, 2015 | 11:21 | 0Comment

So, dah banyak hari asyik citer pasal resepi je kan. Jadi, hari ni meh la tambah ilmu sikit pasal GMD ni. Senang nanti kot-kot anak aku ni keluar perempuan ke lelaki ke tau la diaorang nak cari info kat mana pasal GMD ni.

Apa itu GMD??

GDM dari segi istilahnya ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya diabetis ketika hamil which is yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.

Bacaan Gula Wanita GMD

Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi. Ujian ini dilakukakan dengan meminum air glukos yang disediakan oleh pihak klinik. Sebelum minum anda dikehendaki berpuasa. Darah akan diambil sebanyak dua kali iaitu sebelum minum air glukos dan selepas 2 jam minum air glukos. Nanti aku cerita pengalaman aku.

Bagaimana GDM boleh berlaku?

Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi. Tapi ada juga kes dimana diabetis tidak hilang walaupun selepas bersalin. Sesiapa yang pernah kena GDM ni memang berisiko untuk dapat diabetis jenis 2 iaitu diabetis yang selalu kita dengar tu sekiranya

  • korang main bedal je makan minum ikut suka tekak korang 
  • korang ni malas nau-nau bersenam .. malas nau-nau jaga berat badan.
  • ada sejarah keluarga yakni ibu atau ayah korang penghidap kencing manis.


Tanda-tanda / Simptom

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai juga wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Aku pula

  • selalu rasa kebas kat kaki .. matilaaaa
  • kerap buang air kecil


Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.

So ni antara apa yang aku dapat cari la. Ok sekarang aku nak cerita pasal pengalaman aku minum air gula buat pertama kali dalam sejarah. Kemainnnn aku pun.

12 November 2015
Aku appointment macam biasa. Pagi-pagi sampai aku kena timbang kena kencing. Terkejut jugak la tengok berat time tu.
Aku naik berat 1.95kg. Nurse terus cakap next week awak minum air gula ye. Berat awak naik ni. Aku dengar je dia cakap kena minum air gula terus gloomy je hari aku.
Terus aku takde mood langsung. Dah la aku sorang-sorang je time tu. Memang rasa macam down gila. Sebab appointment sebelum ni memang aku ada tanya nurse aku kena minum air gula ke?
Dia cakap tak payah sebab umur aku bawah 25. Nurse pun takdela bagitau berat boleh naik berapa kilo je. Mana la aku tau. Tapi memang bulan tu aku makan tak control ha padan muka aku.

18 November 2015
Hari yang ditunggu. Takutnya Allah je tau. Sampai je klinik nama aku dipanggil. Darah pertama diambil aku rileks je cool lagi. Then nurse suruh ambil air gula kat atas meja. Saiz cawan agak besar macam cawan air kat pasar malam tu.
Warna oren dan agak pekat warnanya. Lepas ambil aku tengok orang keliling yang kena minum. Ada yang minum sikit-sikit ada juga yang muka berkerut-kerut minum. Dalam hati aku tawakal je. Zikir tak putus. Nasib la aku dapat air tu masih suam. Kira takde la rasa tu pekat sangat.
Bismillah dan dua kali teguk dah habis. Lepas tu aku terus kumur sebab taknak ade rasa manis dekat lidah. Ok. Rasa dia sumpah tak sedap. Manis gila 10x ganda manis dia. Lepas minum tu memang pening la nak tunggu dua jam kan. Aku rasa nak tido je time ni.
Dah la kena tunggu dua jam dengan peningnya. Panas je rasa klinik tu. Then tak sampai dua jam pun nama aku kena panggil dan darah diambil sekali lagi. Nurse cakap dah boleh balik dan makan.
Nasib la aku ambil cuti hari tu sebab kebetulan mak dan abah mertua datang. Balik tu memang aku tido je sampai pening hilang. Lepas tu mama dengan abah bawak kuar jalan-jalan. Hehehe

26 November 2015
Nurse call. Dalam hati memang dah syak something wrong ni. So, aku pun angkat dan jawapan dari nurse memang buat aku sakit jantung kejap. Baby pun kemain kuat lagi menendang. Eh-eh.
Nurse cakap result tak ok dan tinggi. Aku tak diberitahu berapa tinggi paras gula tu. Dia cakap nanti aku kena buat BSP (Blood Sugar Profile) yakni aku kena check darah sebanyak 4 kali dalam sehari.
Tapi bukan amik darah yang banyak tu BSP ni yang cucuk kat hujung jari tu je yang keluar darah cinonet tu. Aku kena buat pukul 8pg, 12tgh, 6ptg, dan 10mlm.

So, itulah pengalaman aku. Sekarang ni tengah fikir camne nak buat BSP ni. Nurse cakap boleh pergi kat klinik diorang tak pun pergi kat farmasi tak pun boleh buat sendiri kat rumah kalau ada alat.
Yela sebab kena buat pukul 10 farmasi mesti dah tutup pastu rajin pulak la cik husband aku nak kuar memalam. Jadinya tengah fikir ni nak beli ke tak alat tu? Nanti bila aku dah buat aku citer lagi camne proses BSP ni dan result aku. Harap-harap semua ok. Please doakan aku dan kandungan.

lebih kurang camni la rupa mesin BSP tu. Aku tengok range price dalam RM100-RM200. Ada jugak yang murah kena survey-survey dulu. Dia bagi mesin tu, jarum dan strips. Aku tengok harga strips pun boleh tahan mahalnye. Tengok la nanti aku update. 


Baby nanti dah besar baca ni. Satu pengorbanan ibu untuk baby tau. Be well ok sayang. Ibu love you.

notakaki: thank you kepada sepupu tercinta, kawan-kawan tercinta sebab bagi aku semangat untuk lawan benda ni. Cik husband pun bagi kata semangat. Menangis-nangis aku citer kat dia semalam. Dah takde mood semalam masak ikan goreng dengan asam rebus bendi je bagi cik husband makan. Cik isteri kena jaga makan so cik husband pun tak leh makan sodap-sodap. Boleh camtu? 



Labels: