" D i r a S t o r y "

DiraStory

Welcome to my blog


" Be like a flower that gives its fragrance even to that hand that crushes it - Ali Ibn Abi Talib (SA) -"

We can chatting here





Nasi Tomato Di Hujung Minggu
Monday, November 23, 2015 | 12:10 | 0Comment

Untuk kali ni marilah penuhkan blog dengan entry masakan. Ahad lepas tekak ni teringin nak makan nasi tomato. Sejak-sejak dah masuk trimester kedua ni memang rajin memasak tu melampau-lampau pulak. Ade je benda baru aku nak cuba. Jadinya semalam aku masak nasi tomato kebetulan pula adik ipar aku masih ada dekat rumah.

So, untuk makan tengah hari aku masakkan nasi tomato, ayam masak merah dan juga acar timun. Sebenarnya dah lama jugak aku nak masak nasi tomato ni tapi bila tengok bahan-bahan alahai banyaknya orang kedah kata renyah nak buat. Tapi dah teringin sangat nak makan aku pun buatlah nasi tomato ni dengan cara aku sendiri. Tapi cam biasa la google-google mana yang patut.
Cara ni dipanggil mix and match. Giteww. Bawah ni resepi nasi tomato aku yang super duper simple.

Nasi Tomato


  • 4 cawan beras
  • 2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
  • 1 biji tomato dicincang
  • 10 sudu sos tomato
  • 1/2 cawan susu cair (aku pakai santan cair)
  • 5 cawan air
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter atau minyak (kalau ada minyak sapi boleh guna campur dengan butter)


Panaskan periuk nasi. Masukkan minyak. Tumis bawang, halia dan rempah-rempah.
Masukkan santan, sos tomato dan daun pandan. Kacau hingga wangi.
Kemudian masukkan air dan tomato cincang. Biarkan mendidih.
Masukkan beras dan garam kacau seketika.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi masak leraikan nasi menggunakan garfu atau chopstick.

Ayam Masak Merah


  • 1/2 ekor ayam potong dan bersihkan
  • 1 labu bawang besar dipotong kasar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 15 tangkai cili kering *
  • 1 inci belacan *
  • 2 inci halia*
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang serai dititik
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji tomato di potong wedges
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 2 sudu sos tomato/cili
  • sehelai daun pandan disimpul
  • satu cawan santan pekat
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa.


Perapkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak
Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak lebihan gorengan ayam tadi tumiskan rempah tumisan, serai dan juga bahan kisar.
Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan asam keping, daun pandan dan ayam yang digoreng. Gaul seketika.
Masukkan air secukupnya. Masak sehingga ayam betul-betul empuk dan air berkurangan.
Masukkan sos tomato atau sos cili.
Masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan juga gula.
Akhir sekali masukkan tomato dan juga bawang besar yang dipotong bulat.
Tutup api dan hidangkan.

Acar Timun


  • 1 batang timun
  • 1 labu bawang besar
  • 8 sudu makan cuka
  • 4 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 4 biji cili padi
  • 2 biji cili merah


Timun di belah dua dan dipotong halus.
Bawang di belah dua dan dipotong halus.
Cili padi dan cili merah dipotong serong
Campurkan cuka, garam dan gula dalam satu bekas. Kacau sehingga gula dan garam larut.
Campurkan kesemua bahan. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang.


Acar timun ni aku tak letak nenas sebab tak berani lagi nak makan nenas walaupun aku baca nenas sebenarnya elok untuk ibu mengandung. Tapi janganlah makan nenas yang masih muda cari yang betul-betul masak. Ok untuk bancuhan air cuka tu korang agak-agak la dengan garam dan gula. Letak sikit-sikit dulu kalau tak cukup baru tambah. Cuka tu tak perlu tambah dah. Kalau korang nak kurangkan pun boleh.

Rasa dah mak-mak sekarang ni hehehe. Seronok tengok anak-anak buah dah besar-besar. Kejap je dah darjah satu. Aril, Syifa belajar rajin-rajin tau. Nanti aku pulak tengok anak masuk sekolah. Cabaran besar tu.

notakaki: kat rumah aku tu memang jenis cepat lapar je semua. Kejap je licin nasi tomato aku ni. Donur aku buat pun licin jugak. Baru ingat nak buat bekal hari ni. Tengok-tengok periuk nasi pun kosong. Nasib la adik ipar rajin tolong cucikan pinggan. Senang hati mak enon. 

Labels: ,